Berita/Pengumuman Terkini

24 Oktober 2020

Kes Pendamparan Ikan Paus

Ikan Paus dijumpai sedang berenang di perairan pantai Kampung Rambah Pontian Johor oleh nelayan. Paus tersebut adalah spesies yang biasa terdapat di perairan Malaysia. Nama saintifik: Balaenoptera borealis. Family: Balaenopteridae, ukuran panjang 11.7 meter (38 kaki), berat: 10 tan. Spesies ini berenang di laut terbuka dan merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.