Berita/Pengumuman Terkini

06 Oktober 2020

Scam Alert

Berhati-hati Dengan Tawaran Pakej Bantuan Kepada Pengusaha Perikanan. Semak Sumber Maklumat Terlebih Dahulu.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memandang serius terhadap isu atau kenyataan yang melibatkan penipuan (scammer) oleh individu tertentu dengan menggunakan nama Kementerian atau Jabatan hanya untuk meraihkan keuntungan.

DOF turut menafikan beberapa tawaran kursus atau bantuan yang diuruskan oleh syarikat/individu yang tidak diiktiraf dengan menjanjikan jaminan geran atau pulangan lumayan kepada nelayan dan penternak ikan.

Pihak Jabatan ingin menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati tentang perkara yang tular di media sosial mahupun di atas talian (WhatsApp) Jangan jadikan sumber tidak sah sebagai rujukan anda.