Berita/Pengumuman Terkini

09 November 2024

Hari Perikanan Sedunia 2024

Hari Perikanan Sedunia disambut pada 21 November setiap tahun bertujuan untuk meraikan semua pekerja yang terlibat dalam industri perikanan khususnya golongan nelayan. Julung kalinya Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Sambutan Hari Perikanan Sedunia (HPS) 2024 pada 2 hingga 3 November 2024 di Anjung Floria, Putrajaya. HPS 2024 yang dilaksanakan DOF bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan industri perikanan dan ekosistem marin seterusnya menghargai usaha nelayan, penternak, penyelidik serta semua yang terlibat dalam sektor perikanan. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari portal rasmi dan platform media sosial Jabatan Perikanan Malaysia.