12 November 2025
1. Vesel penangkapan ikan tempatan yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia perlu mendapatkan surat kebenaran membawa penumpang daripada Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti penangkapan ikan rekreasi kelautan.
2. Surat Kebenaran yang dikeluarkan mempunyai tempoh sah laku tidak melebihi dua belas (12) bulan dari tarikh ia dikeluarkan ATAU tidak melebihi tarikh tamat tempoh Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, yang mana terawal.
3. Tempoh sah laku Surat Kebenaran ini terbatal dengan sendirinya sekiranya Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan pemilik digantung, dibatalkan atau tidak diperbaharui oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
4. Pemilik vesel wajib mendapatkan perlindungan insuran atau jaminan kewangan dari institusi yang mendaftar atau yang mendapat pengecualian dari Bank Negara Malaysia sejajar dengan Seksyen 8(1)(a), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi melindungi liabiliti pihak ketiga.
5. Had Pelayaran tertakluk kepada Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Vesel hendaklah dikendalikan oleh nakhoda / tekong tempatan yang berpengalaman dan mempunyai sekurang-kurangnya Perakuan Kekompetenan Mate Domestik Terhad (< 500 GT).
6. Peralatan penangkapan ikan yang dibenarkan di atas vesel hanya peralatan memancing.
7. Permohonan untuk Surat Kebenaran perlu dikemukakan kepada Pejabat Perlesenan Bot (Jabatan Laut Wilayah). Sila layari laman web Jabatan Laut Malaysia : www.marine.gov.my.
Objektif Kajian : Mengenal pasti maklumat dan data penting berkaitan hasil tangkapan bagi perikanan rekreasi marin di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia; Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Parameter yang dikenalpasti adalah : i. [Berita lanjut]
1. Vesel penangkapan ikan tempatan yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia perlu mendapatkan surat kebenaran membawa penumpang daripada Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti penangkapan ikan rekreasi kelautan. 2. Surat Kebenaran yang dikeluar [Berita lanjut]
Hari Perikanan Sedunia disambut pada 21 November setiap tahun bertujuan untuk meraikan semua pekerja yang terlibat dalam industri perikanan khususnya golongan nelayan. Julung kalinya Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Sambutan Hari Perikan [Berita lanjut]
Penggunaan Mata Pukat Di Bahagian Keroncong Kurang Daripada 38 Milimeter Merupakan Satu Kesalahan! Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) amat komited dalam menjaga kemampanan sumber perikanan negara termasuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap saiz ma [Berita lanjut]