Berita/Pengumuman Terkini

19 Oktober 2020

KKM mahu pelaksanaan PKPB

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketat bagi mengekang penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.