29 Julai 2026
1. Utamakan Keselamatan. Utamakan keselamatan diri dan orang lain. Sentiasa gunakan peralatan keselamatan yang sesuai.
2. Patuhi Undang-undang Perikanan. Hormati semua peraturan dan elakkan memancing di kawasan larangan.
3. Pelihara Kebersihan Persekitaran Bawa pulang semua sampah dan hentikan pencemaran plastik.
4. Amalkan Tangkapan Bertanggungjawab. Ambillah sekadar keperluan, lepaskan selebihnya.
5. Lindungi Biodiversiti. Jangan lepaskan spesies ikan asing ke perairan umum.
6. Jadilah Rakan Pemuliharaan Sumber. Sokong penjagaan habitat, laporkan penangkapan ikan meyalahi undang-undang dan kongsi maklumat demi kelestarian sumber.
7. Hargai Kemudahan Awam. Gunakan kemudahan awam secara berhemah dan elakkan vandalisme.
8. Hormati Pengguna Lain. Amalkan sikap bertolak ansur dan saling menghormati dengan semua pengguna.
9. Kongsi Budaya Memancing Beretika. Sebarkan amalan terbaik dan jadilah contoh kepada komuniti pemancing.
10. Hayati Nilai Sebenar Perikanan Rekreasi Memancing bukan sekadar menangkap ikan—ia tentang menghargai alam, mengeratkan hubungan, dan memulihara sumber perikanan.
1. Utamakan Keselamatan. Utamakan keselamatan diri dan orang lain. Sentiasa gunakan peralatan keselamatan yang sesuai. 2. Patuhi Undang-undang Perikanan. Hormati semua peraturan dan elakkan memancing di kawasan larangan. 3. Pelihara Kebersihan [Berita lanjut]
1. Safety First. Prioritise your own safety and the safety of others. Always use appropriate safety equipment. 2. Follow Fisheries Regulations. Comply with fisheries laws and regulations and avoid fishing in prohibited areas. 3. Protect the En [Berita lanjut]
Objektif Kajian : Mengenal pasti maklumat dan data penting berkaitan hasil tangkapan bagi perikanan rekreasi marin di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia; Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Parameter yang dikenalpasti adalah : i. [Berita lanjut]
1. Vesel penangkapan ikan tempatan yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia perlu mendapatkan surat kebenaran membawa penumpang daripada Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti penangkapan ikan rekreasi kelautan. 2. Surat Kebenaran yang di [Berita lanjut]