Jabatan Perikanan menggalakkan aktiviti perikanan rekreasi mempraktikkan kaedah Tangkap dan Lepas (Catch & Release). Kesedaran ini amat diperlukan dalam kalangan pemancing rekreasi supaya bersama-sama bertanggungjawab memastikan pengurusan sumber perikanan diurus secara mapan. Berikut merupakan spesies ikan yang hendaklah dilepaskan hidup ke perairan kelautan :
SPESIES IKAN YANG HENDAKLAH DILEPASKAN HIDUP KE PERAIRAN KELAUTAN
| Bil. | Nama Tempatan | Nama Inggeris | Nama Saintifik |
| 1. | Yu cicak / Yu tokeh / Yu pendek | Coral catshark | Atelomycterus marmoratus |
| 2. | Mersuji / Tumbuk banir | Swordfish | Xiphias gladius |
| 3. | Mersuji / Suji | Black marlin | Makaira indica |
| 4. | Mersuji | Striped marlin | Tetrapturus audax |
| 5. | Mersuji | Indo-Pacific blue marlin | Makaira mazara |
| 6. | Layaran / Mersuji | Indo-Pacific sailfish | Istiophorus platypterus |
| 7. | Mameng | Humphead wrasse | Cheilinus undulatus |