Perikanan Rekreasi Global

FAO Technical Guidelines for Responsible Fisheries 13 – Recreational Fisheries yang diterbitkan oleh Food and Agriculture Organization pada tahun 2012 merupakan Garis panduan bagi Perikanan Rekreasi yang seragam. Garis Panduan ini mengandungi :

  • Rangka kerja normatif perikanan rekreasi bertanggungjawab;
  • Rangka kerja pengurusan perikanan rekreasi bertanggugjawab;
  • Rangka kerja dasar dan institusional;
  • Pengurusan perikanan rekreasi;
  • Amalan terbaik perikanan rekreasi;
  • Perkongsian maklumat, pengetahuan dan penyelidikan; dan 
  • Pelaksanaan garis panduan.

 

Negara-negara lain yang telah mengamalkan Peraturan Perikanan Rekreasi adalah Singapura, Taiwan, Thailand, Ireland, Canada, USA, New Zealand dan Australia. Peraturan Perikanan Rekreasi di negara-negara ini dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan masing-masing (FAO, 2012: Technical Guidelines for Responsible Fisheries – Recreational Fishing)

  • Negara Thailand mengamalkan kawalan spesies tertentu yang perlu dilepaskan semula ke perairan sekiranya tertangkap. Contohnya mengamalkan “catch & release”  bagi spesies ikan Giant Mekong Catfish di kawasan biodiversiti paya Mekong. 
  • Di Singapura,  sebarang aktiviti di kolam tadahan air adalah termaktub di dalam Public Utilities (Reservoirs and Catchment Areas) Regulations 2006. Sebagai contoh, aktiviti memancing dijalankan di kawasan yang dibenarkan sahaja dan larangan menggunakan umpan hidup. 
  • Di Taiwan, lesen dikeluarkan kepada pemancing, vesel/sampan, kru sampan dan lokasi memancing yang dibenarkan. Tempoh maksimum lesen adalah tidak lebih daripada 5 tahun dan hanya dibenarkan aktiviti pancing dan mengheret (trolling) sahaja.
  • Di Australia, setiap negeri dan wilayah mempunyai peraturan pengawalan perikanan rekreasi masing-masing. Secara amnya, setiap pemancing perlu mendapatkan lesen daripada Pejabat Perikanan Negeri. 

Manakala di Negara Jepun, aktiviti perikanan rekreasi dikendalikan oleh koperasi perikanan setempat melalui pembayaran tiket untuk masuk ke kawasan memancing. Sebagai contoh di Jajahan Niigata, harga tiket bagi aktiviti memancing di sungai untuk 1 hari adalah di antara ¥1,000 hingga ¥2,500 manakala memancing tahunan di sungai yang sama di antara ¥4,500 hingga ¥5,500.