Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Privasi

Aplikasi eRekreasi (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") iaitu pemancing rekreasi di laut dan di pantai. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan untuk membuat permohonan pendaftaran dan pelesenan penangkapan ikan rekreasi kelautan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran

  1. Pendaftaran Pengguna
  2. - Nama
    - Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport
    - Nombor Telefon
    - Warganegara
    - Negeri
    - Daerah
  3. Pendaftaran Syarikat
  4. - Nama Syarikat
    - Nombor Pendaftaran Syarikat
    - Alamat Syarikat

Tujuan Pengumpulan Data

Tujuan pengumpulan data adalah bagi membuat permohonan pendaftaran dan pelesenan penangkapan ikan rekreasi kelautan. Maklumat peribadi pengguna mungkin akan dikongsi bersama pihak berkuasa penguatkuasaan bagi tujuan penyusulan dan penyelesaian aduan yang dikemukakan melalui Aplikasi ini.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web Yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada erekreasi@dof.gov.my